Friday 17 June 2011

PERMOHONAN AGEN DIBUKA SEMULA

Assalamualaikum....


sekadar nak maklumkan maklumat terkini. Pihak kami akan membuka semula permohonan untuk menjadi agen. Kami meminta maaf kerana terpaksa menutup permohonan agen sebelum ini memandangkan permintaan yang terlalu banyak dan dikuatiri tidak mampu untuk menguruskannya. Alhamdulillah setelah dibincangkan semula , atas permintaan dari tuan puan, kami membuka semula peluang menjadi agen kami bagi sesiapa yang berminat sahaja.


Kami membuka tempoh untuk menjadi agen kami bermula 20 Jun sehingga 1 Julai sahaja. Syarat-syarat menjadi agen adalah seperti sebelum ini. Keahlian masih percuma. 

GERBANG ILMU DAN KEMAHIRAN ANDA SEKELUARGA

SERTAI BENGKEL DAN KELAS BERSAMA KAMI....

MODUL 01    KELAS AL-QURAN  DAN TAJWID
MODUL 02    KELAS B.ARAB                            
MODUL 03    KELAS BAHASA BANJAR         
MODUL 04    KEM / SMART SOLAT                      
MODUL 05    CERAMAH / MOTIVASI                         
MODUL 06    BENGKEL SERUNDING 
MODUL 07    BENGKEL KEK LAPIS 
MODUL 08    BENKEL HOMEMADE CHOCOLATE
MODUL 09    BENGKEL BISKUT RAYA
MODUL 10    BENGKEL MEMBAIKI KOMPUTER 
MODUL 11    BENGKEL PARENTING SKILL 
MODUL 12    KURSUS ASAS IMAM 
MODUL 13    KURSUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR  
MODUL 14    KURSUS RAWATAN ISLAM 
MODUL 15    KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE

Sila hubungi kami untuk pendaftaran awal . tempat adalah terhad.Sijil disediakan,  hubungi kami ditalian 0196642770

Tawaran hebat menanti anda sekiranya anda dapat membawa 10 orang peserta untuk menyertai mana-mana modul anjuran kami.

 "ILMU UNTUK SEMUA"

Saturday 11 June 2011

MAKLUMAN TERKINI ...DARI DAPUR KANZA

AMPUN DAN MAAF SAYA HULURKAN ,,KEPADA SELURUH AGEN2 KAMI, DAN SAHABAT-SAHABAT


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, PERMOHONAN UNTUK MENJADI AGEN KAMI TERPAKSA KAMI TUTUP SEKARANG INI. PESANAN KEPADA AGEN , HANYA YANG HANTAR TEMPAHAN SEMINGGU AWAL SAHAJA AKAN DAPAT DIUSAHAKAN...minta maaf yer. 

-sebenarnya saya tak larat dah nak buat kek lapis ni,, orang duk tempah tambahan pulak dah nak raya ni. Hem sebenarnya saya lebih suka mengajar bagi sesiapa yang berminat. insyaallah saya bantu sampai jadi mahir. terpulanglah cik/ puan-puan nak buat sendiri dan berniaga.Ingat rezki itu bukan milik kita, tapi dengan kasih sayang Allah lah kita dikurniakan rezki.so bersyukurlah seadanya.

Teringat hadith nabi mafhumnya "kalaulah bukan kerana adanya haiwan dan binatang nescaya Allah Taala tidak akan menurunkan hujan , kerana keengkaran makhluk bernama manusia " astaghfirullah.al azim....berdegup jantung ni bila terfikir...hinanya kita bila berpaling dari suruhan Allah,,,tapi alangkah mulianya kita bila patuh dan tunduk pada perintah Allah....

moga Allah memberi hidayah pada kita semua amin...

SIBUK BENARKAH KITA DENGAN URUSAN DUNIA?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum....


teman2 dan kenalan ...
setahun yang berlalu amatlah laju,,sebulan yang kita kira amatlah terasa singkatnya,,apatah lagi seminggu yang kita sibuk dengan kerja di dapur...


Tapi jangan kita lupa bahawa kita juga hambaNya...Semakin banyak rezki yang kita dapat sepatutnya semakin rapat kita dengan Dia. Tuhan yang Maha Pemberi rezki...


sayang seribu kali sayang,,,terkadang ramai juga yang menjadi lupa dan berasa kejayaan yang dicapainya adalah hasil dari usaha dan kudrat gigihnya sahaja. memang manusia mudah lupa...sedangkan Allah tidak pernah lupa untuk memberikan udara dan nikmat alam yang tak tahu besarnya nilainya buat kita.


teringat kisah seorang lelaki yang bekerjaya hebat, berrumah besar dan mempunyai syarikat yang kukuh..hidupnya mewah , namun Allah mengujinya dengan mendatangkan penyakit iaitu buasir pada duburnya.


seluruh kehidupannya berubah, harta yang banyak tak mampu menenangkannya tatkala datangnya sakit, rumah yang besar sudah tak berguna, pangkat dan syarikat tak mampu diusahakan lagi,, yang mampu diluahkannya hanyalah raungan Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..........
Hanya dengan kembali pada Allah dan berzikir mampu menenangkannya...


betapa besarnya kuasa Allah..hanya sedikit ujian yang diberi,,kita selaku manusia tak bermaya untuk mengatasinya...


Allahuakbar....terimalah taubat kami,,kukuhkanlah iman kami,, jadikanlah kami manusia yang bersyukur dan sentiasa ingat padaMu ketika senang dan susah.janganlah engkau jadikan kami golongan yang lalai dan lupa padaMu Ya RAbbi...

Tuesday 7 June 2011

Janganlah kita berhenti dari belajar.....belajar dan terus belajar


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"biar setinggi mana pun ilmu kita,,biar sedalam mana kepakaran kita,, namun itu cuma hanya setitis dari lautan ilmu Allah....

Sesungguhnya Allah amat tidak suka kepada orang yang sombong " adakala kita hanya terpedaya dengan dunia yang menyeksakan. APAKAH kehidupan kita hanya bermula dari seorang bayi yang dilahirkan, kemudian membesar remaja dan dewasa begitu sahaja?. bercinta, berkahwin memperolehi anak dan akhirnya punyai cucu yang ramai?. akhirnya kita dihantar kerumah orang tua? akibat gagalnya kita mendidik anak-anak yang merupakan aset berharga sepanjang masa.

sudah pasti Allah tidak menjadikan kita sia-sia...ada tujuan dan maksud kejadian kita ini. ayuh jadilah kita ,,ibu yang tahu tujuan hidupnya,,isteri yang tahu tujuan hidupnya, bahkan kita mendidik anak kita dengan kenal apakah hala tujuan mereka bukannya hanya keperluan anak-anak yang kita penuhi , tapi malang mereka buta hala tujuan hidup iaitu mencari RedhaNya dan mengenal Rabbul Izzati...

Friday 3 June 2011

JOM TAMBAH DUIT RAYA SAMBIL SEBAR ILMU KEK LAPIS SARAWAK

Pening oh pening,,,Memandangkan sekarang kos hidup semakin tinggi,,semua nak naik,,minyak naik, gula naik,tol kena bayar, dan yang penting sekarang kos eletrik pun nak naik...apa pun kita mesti gandakan lagi usaha menambah duit poket untuk belanja bulanan kita....


MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG KAMI YANG BUDIMAN,,,

KAMI MENAWARKAN KEPADA ANDA 3 PERKARA :

1.       SESIAPA YANG HENDAK MEMBELI DAN MEMBUAT TEMPAHAN KEK LAPIS SILA RUJUK SENARAI KEK DAN HARGA YANG TERTERA
2.       TAMBAHKAN WANG BULANAN ANDA DENGAN MENJADI AGEN MENJUAL KEK LAPIS DITEMPAT TINGGGAL ANDA ATAU RAKAN-RAKAN SATU TEMPAT KERJA DENGAN ANDA. BANYAK YANG ANDA JUAL SEMAKIN BANYAK KOMISYEN ANDA DAPAT.
3.        ANDA JUGA BOLEH MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN TANPA MENJUAL KEK LAPIS SARAWAK,,,TETAPI HANYA MENCARI DAN MENGAJAK KAWAN-KAWAN MENYERTAI BENGKEL KEK LAPIS SARAWAK YANG KAMI ANJURKAN.


( CARI 10 ORANG DAN ANDA SENDIRI SUDAH PASTINYA DAPAT BELAJAR SECARA PERCUMA)
HUBUNGI KAMI SEGERA.....019-6642770