Tuesday, 30 October 2012

JADUAL BULAN NOV & DIS 2012

SILA BOOKING SEKARANG!!!

TARIKH
HARI
YURAN
NAMA BENGKEL
CATATAN

3 & 4 NOVEMBER

SABTU
&
AHAD

RM 140

KELAS KEK LAPIS
(FOR BEGINNER)

SILA PILIH SALAH SATU TARIKH

10 & 11 NOVEMBER

SABTU
&
AHAD

RM 140

KELAS HOMEMADE   CHOCOLATE

SILA PILIH SALAH SATU TARIKH

17 & 18 NOVEMBER

SABTU
&
AHAD

RM 150

KELAS ANEKA KEK KUKUS

SILA PILIH SALAH SATU TARIKH

1 & 2 DISEMBER

SABTU
&
AHAD

RM 140

KELAS KEK LAPIS
(FOR BEGINNER)

SILA PILIH SALAH SATU TARIKH

8 & 9 DISEMBER

SABTU
&
AHAD

RM 140

KELAS HOMEMADE   CHOCOLATE

SILA PILIH SALAH SATU TARIKH

15 & 16 
DISEMBER

SABTU
&
AHAD


RM 150

KELAS ANEKA KEK KUKUS

SILA PILIH SALAH SATU TARIKH

22 & 23 DISEMBER

SABTU
&
AHAD

RM 150

KELAS ANEKA TALAM

SILA PILIH SALAH SATU TARIKH

 29 & 30 DISEMBER

SABTU
&
AHAD

RM 150

KELAS KEK LAPIS (FULLY COURSE)

SILA PILIH SALAH SATU TARIKH


PERHATIAN!!!

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI SEBARANG KURSUS DI KANZA ENTERPRISE HENDAKLAH MEMBUAT BAYARAN PENUH SEBELUM MENGHADIRI KURSUS. UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN SILA SMS/HUBUNGI PUAN ZA DI TALIAN 013-2132770 @ EMAIL KE hijautenang@yahoo.com

LOKASI KAMI : CHERAS, SELANGOR (ALAMAT LENGKAP AKAN DI HANTAR MELALUI SMS KEPADA YANG TELAH MEMBUAT PAYMENT SAHAJA!!!)

TERMA & SYARAT UNTUK MENGIKUTI SEBARANG KURSUS DI KANZA ENTERPRISE :

- Jelaskan yuran penuh secara bank-in ke akaun maybank @ cimb. Sila hantar sms untuk mendapatkan no akaun bank dari pihak kami
- Hantar sms ke 013-2132770 memberitahu bayaran telah dibuat. Sertakan juga nama, no kad pengenalan dan tarikh kursus yang ingin diikuti
- Kami akan menyemak bayaran anda secara online. Pastikan anda mendapat pengesahan daripada pihak kami.
- Setelah pengesahan dibuat nama anda akan dimasukkan dalam senarai peserta
- Sila bawa slip pembayaran anda pada hari kursus diadakan
- Bayaran hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 hari sebelum bengkel berlangsung
- Sekiranya anda tidak dapat hadir pada hari bengkel diadakan tetapi bayaran telah dibuat, anda boleh menukar tarikh/modul kursus yang lain
- Tempat adalah terhad kepada 6 peserta sahaja. Kami akan mendahulukan kepada sesiapa yang membuat bayaran terlebih dahulu
- Pastikan anda TIDAK membawa bersama anak/rakan untuk keselesaan semua

Wednesday, 24 October 2012

JOM KITA FAHAMI ERTI KORBAN


Korban

Dari segi bahasa, korban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allahsubhanahu wata‘ala.  Dari sudut syara‘, korban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.

Pensyari'atan Dan Hikmahnya

Korban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.
firman Allah bermaksud:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)
Hikmah disyari‘atkan korban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allahsubhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.
Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berkorban dan juga mereka yang lain.
Korban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih korban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.

Hukum Melakukan Korban

Hukum melakukan korban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya. 
Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
 “Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)

Pembahagian Ibadah Korban

Terdapat dua jenis Korban iaitu korban wajib dan korban sunat.
  1. Korban Wajib
  2. Korban Nazar.
Contohnya apabila seseorang menyebut, “Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor kambing atau seekor unta ini” ataupun dengan menyebut, “Aku jadikan kambing ini sebagai korban”
Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir. Binatang yang dibelikan untuk tujuan korban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk dikorbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berkorban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.

Korban Sunat
Korban sunat ialah korban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan korban.

Syarat-Syarat Korban


Syarat korban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
    1. Syarat Wajib/Sunat Korban.
    2. Syarat Sah Korban.
    3. Syarat Mereka Yang Dituntut Berkorban.

Syarat Wajib/Sunat Korban
  1. Untuk dijadikan ibadah korban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.
  2. Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang korban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan korban tersebut.
  3. Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.

Syarat Sah Korban
  1. Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.
  2. Hendaklah korban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.
  3. Hendaklah disembelih oleh orang Islam.
  4. Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.

Syarat Mereka Yang Dituntut Berkorban
    1. Islam.
    2. Merdeka.
    3. Aqil Baligh.
    4. Bermukim atau Musafir.
    5. Berkemampuan.

 Waktu Pelaksanaan Ibadah Korban
Waktu bagi menyembelih korban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan korban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (korban) ini sedikit pun.”

Binatang Korban

perbincangan ini meliputi empat perkara :
  1. Jenis binatang yang diqurban.
  2. Umur binatang korban.
  3. Kadar binatang yang disembelih.
  4. Sifat–sifat binatang korban.

  1. Jenis Binatang Yang Dikorban
  2. Para ulama’ sependapat bahawa ibadah korban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berkorban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang.
    Firman Allah subhanahu wata‘ala:


    Maksudnya:
    Kami syari‘atkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
    (Surah Al-Hajj 22:34)
    Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan mereka berkorban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana korban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.
    Adapun binatang yang lebih afdhal dikorban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.
    Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:
     
    “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berkorban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berkorban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berkorban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”
  3. Umur Binatang Korban
  4. Umur binatang yang hendak dikorbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:
    1. Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
    2. Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.
    3. Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.
    4. Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan korban.
  5. Kadar Binatang Yang Disembelih
  6. Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai korban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi korban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:
    “Kami berkorban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”
    Dalam riwayat Muslim pula menyebut :
    “Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengorbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”
  7. Sifat–Sifat Binatang Korban
  8. Sifat–sifat binatang korban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:
    1. Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
    2. Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
    3. Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
    4. Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang korban itu:
    5. Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
    6. Bertanduk.
    7. Putih warna bulunya (pada kibasy).
    8. Jantan.

Sifat yang makruh pada binatang korban:

  1. Rabit telinganya.
  2. Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
  3. Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
  4. Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
  5. Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
  6. Kabur penglihatannya.

Perkara Sunat Ketika Berkorban

  1. Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
  2. Digantung tanda pada binatang yang hendak dikorbankan.
  3. Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
  4. Disunatkan juga orang yang berkorban menyembelihnya.
  5. Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih korban.
  6. Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan korban.
  7. Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
  8. Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
  9. Sunat bagi mereka yang mahu melakukan korban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berkorban.
    1. Binatang korban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.
    2. Sunat ketika sembelihan korban dilakukan adalah seperti berikut:
    3. Membaca basmalah.
    4. Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
    5. Binatang diarahkan ke arah qiblat.
    6. Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
    7. Berdoa.
  10. Orang yang berkorban hendaklah membaca doa seperti berikut :
  11. “Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”
  12. Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:
  13. “Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu.Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”

Perkara Makruh Ketika Berkorban

  1. Berlaku kasar kepada binatang yang hendak dikorbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.
  2. Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan korban.
  3. Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan
  4. Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan korban selesai dijalankan.
  5. Binatang yang telah dibeli untuk tujuan korban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk korban.

Hukum Daging Korban

  1. Korban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan menyebut, “Ini adalah korban”, maka orang yang berkorban tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.
  2. Anak kepada binatang korban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengorbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang korban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.
  3. Bagi korban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat.Ini bersesuaian  dengan firman Allah subhanahu wata‘ala:

    Maksudnya:
    Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
    (Surah Al-Hajj, 22:28)
  4. Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memakan sebahagian daripada hati binatang korbannya. Hukum memakan daging korban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala
Maksudnya:
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu, pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.
(Surah Al-Hajj, 22:36)
Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya atau tidak.
  1. Orang yang berkorban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya
    .
  2. Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berkorban boleh memakan sebahagian daripada korbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.
  3. Sebahagian ulama’ berpendapat daging korban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berkorban.
  4. Pendapat yang asahpula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging korban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.
  5. Bagi korban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi korban yang wajib  pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.
  6. Korban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.

Sumber : www.al-azim.com


Selamat Hari Raya dan menjalani ibadah korban....

" sesungguhnya memperingati pengorbanan nabi Allah Ibrahim dan nabi Allah Ismail akan mendatangkan banyak pengajaran pada suatu kepatuhan yang tidak berbelah bagi kita kepada Allah "

sama-sama kita bertakbir dan memuji Allah Taala...kita doakan jemaah haji selamat semuanya,,juga kita berdoa agar ibadah korban kita diterima Allah...ameen..

OVEN KEK LAPIS SARAWAK





Kepada Sesiapa Yang Bertanya Dan Ingin Tahu Berkaitan Oven Kek Lapis Sarawak, Kali Nie Saya Poskan Entri Utk Rujukan Dan Penjelasan Penggunaannya. Minta Maaf Kepada Sesiapa Yang Saya Tak Sempat Utk Menjawapnya...

KEISTIMEWAAN OVEN INI :

  KEK YANG DIHASILKAN MEMPUNYAI RASA YANG LEBIH SEDAP, TAHAN LAMA DAN BERKUALITI

  MENGGUNAKAN GAS SEBAGAI BAHAN BAKAR (LEBIH EKONOMI)
  1 TONG GAS BOLEH MENGHASILKAN LEBIH KURANG SEHINGGA 50 BIJI KEK
  JIMAT MASA KERANA BOLEH MEMBAKAR 4 @ 8 BIJI KEK DALAM SATU MASA SEKALIGUS (BERGANTUNG KEPADA SAIZ OVEN)
  BAHAGIAN ATAS : UNTUK BAKAR ROTI, PIZZA, KEK, BISKUT, DAN SEBAGAINYA
  BAHAGIAN BAWAH : UNTUK BAKAR KEK LAPIS
BOLEH DIDAPATI DALAM 2 SAIZ :

1)      KECIL
  SAIZ : 24 X 17 X 22
  BOLEH MUAT 2 LOYANG 8 X 8,
    ATAS & BAWAH : 4 LOYANG
2)      BESAR
  SAIZ : 28 X 22 X 24
  BOLEH MUAT 4 LOYANG 8 X 8,
    ATAS & BAWAH : 8 LOYANG

TERMA & SYARAT

1)      TEMPAHAN ADALAH TERBUKA KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT
2)      PEMBAYARAN ADALAH 100% TUNAI MELALUI AKAUN BANK (NO AKAUN AKAN DIBERI MELALUI SMS)
3)      UNTUK MAKLUMAT HARGA BOLEH SMS @ CALL DI TALIAN 013-2132770 ATAU EMAIL hijautenang@yahoo.com
4)      PENGHANTARAN AKAN DIBUAT DALAM MASA 1-2 MINGGU
5)      PENGHANTARAN ADALAH MELALUI POS BERDAFTAR @ POSLAJU SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT
6)      BAGI YANG BERADA DI SEKITAR KUALA LUMPUR, SHAH ALAM DAN LEMBAH KLANG OVEN AKAN DIHANTAR TERUS SECARA BY HAND

Saturday, 8 September 2012

BERJAYAKAH SUDAH KITA?




"Apa itu TITIAN SIRAT ?"

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

|Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakn mase 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mndatar dn 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melitasinya sprt kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dn brjaln kaki. ade yg tdk dpt memelpsinya dsebabkn api nrka sntiase mnrik kaki mrka, lalu mrka JATUH ke dlmnya|

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid

Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.