Thursday, 17 May 2012

DUHAI CABARAN GURU HARI INI



CABARAN GURU HARI INI....

INPUT

-GURU
-BUKU

VS

-TV
-FILEM TERKINI
-INTERNET
-FB
-SHOPING COMPLEX
-REMPIT
-FESYEN
-SUKAN
-LAGU NYANYIAN-KOREA....
-SEX BEBAS
-IDEOLOGI BEBAS

MACAM MANA NAK DIDIK YER.....

TERIMA KASIH CIKGU



Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti
Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu

Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya

Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...

Sunday, 8 April 2012

KELAS KEK LAPIS SUDAH DI BUKA !!!

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI KELAS KEK LAPIS SARAWAK (HANDS ON), SILA BERSEDIA DAN BUAT TEMPAHAN TEMPAT UNTUK KELAS SEPERTI TARIKH BERIKUT :

28 APRIL      KELAS INDIVIDU (SABTU)
6   MEI          KELAS BEGINNER (AHAD)
13 MEI          FULLY COURSE (AHAD)
10 MEI          KELAS BEGINNER (AHAD)
27 MEI          FULLY COURSE (AHAD)

SILA BUAT TEMPAHAN TEMPAT SEKARANG.....


KELAS INDIVIDU (FOR BEGINNER)
RM 400 sahaja
- kelas akan diadakan mengikut persetujuan antara peserta dan pihak kami
- demo & praktikal
- 5 jenis kek akan di ajar seperti kek lapis prune berempah, kek lapis betawi, kek lapis india, kek lapis tembikai cheese & kek lapis masam manis
- 3 resepi bonus akan di berikan (kek lapis chocolate cheese, kek lapis pandan cheese & kek lapis coklat chip)
- semua hasil kek akan di bawa pulang oleh peserta
- sijil penyertaan akan diberikan
- nota, jamuan ringan & makan tengahari disediakan
- kelas bermula dari jam 9.00 am - 5.00 pm

KELAS INDIVIDU (FULLY COURSE)
RM 450 sahaja
- kelas akan diadakan mengikut persetujuan antara peserta dan pihak kami
- demo & praktikal
- 6 jenis kek akan di ajar
(2 jenis kek lapis biasa seperti kek lapis prune berempah & kek lapis chocolate cheese, 1 jenis kek lapis bercorak-kek dalam kek seperti kek lapis semarak, 3 jenis roll lapis seperti roll lapis permata, roll lapis kincir angin & roll lapis dam)
- 5 resepi bonus akan di berikan seperti kek lapis masam manis, kek lapis betawi, kek lapis tembikai cheese, kek lapis india & kek lapis evergreen
- semua hasil kek akan di bawa pulang oleh peserta
- sijil penyertaan akan diberikan
- nota, jamuan ringan & makan tengahari disediakan
- kelas bermula dari jam 9.00 am - 5.30 pm

KELAS BERKUMPULAN (FOR BEGINNER)
RM 140 sahaja
- demo & praktikal
- 5 jenis kek akan di ajar seperti kek lapis masam manis, kek lapis india, kek lapis tembikai cheese, kek lapis chocolate cheese & kek lapis prune berempah.
- 2 resepi bonus akan di berikan (kek lapis coklat chip & kek lapis pandan cheese)
- semua hasil kek akan di bawa pulang oleh peserta
- sijil penyertaan akan diberikan
- nota, jamuan ringan & makan tengahari disediakan
- kelas bermula dari jam 9.30 am - 4.30 pm
-kelas terhad hanya kepada 6 0rang sahaja

KELAS BERKUMPULAN (FULLY COURSE)
RM 150 sahaja
- demo & praktikal
- 6 jenis kek akan di ajar
(2 jenis kek lapis biasa seperti kek lapis chocolate cheese & kek lapis prune berempah, 1 jenis kek lapis bercorak - kek dalam kek seperti kek lapis semarak & 3 jenis roll lapis seperti roll lapis permata, roll lapis kincir angin & roll lapis dam)
- 2 resepi bonus akan di berikan seperti kek lapis tembikai cheese & kek lapis masam manis
- semua hasil kek akan di bawa pulang oleh peserta
- sijil penyertaan akan diberikan
- nota, jamuan ringan & makan tengahari disediakan
- kelas bermula dari jam 9.30 am - 5.00 pm
-kelas terhad hanya kepada 6 0rang sahaja

OVEN AKAN SAMPAI HUJUNG MEI.....TUNGGU...




PERHATIAN!!!

Bekalan oven kek lapis sarawak akan sampai hujung mei ini...sekiranya berminat boleh buat tempahan sekarang...sms dahulu sebelum bank in duit...kami mendahulukan sesiapa yang lebih awal...harap maklum....

Sunday, 18 March 2012

KELAS AL-QURAN


KELAS PENGAJIAN AL-QURAN

Sesiapa yang ingin mendalami pengajian Al-Quran semula, yang baru hendak belajar, untuk anak-anak atau rakan sepejabat, usrah muslimah boleh rujuk di bahagian KELAS Al-QURAN...

hubungi : 019-6442770
JOM KITA BACA QURAN....

Tuesday, 28 February 2012

SALAM CERIA SEMUA

Assalamualaikum....


alhamdulillah ,,syukur pada tuhan, sebab internet kat rumah ni dah ok....syukur sangat...baru2 ni modem pulak buat hal....tapi segalanya ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi....saya minta maaf sangat sebab ramai yang add kat FB. tapi tak leh nak approve....skrg insyaallah boleh dah...salam perkenalan semua....

Sunday, 15 January 2012

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W



Rasulullah s.a.w berwasiat, cintailah fakir miskin,berbanyakkanlah silaturrahim, jangan suka meminta-minta dan jangan takut celaan dalam berdakwah, "Dari Abu Dzar ia berkata: "kekasihku ( Rasulullah s.a.w ) berwasiat kepadaku dengan TUJUH PERKARA iaitu:-

1. Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka.
2. Baginda memerintahku agar aku melihat orang-orang berada dibawah ku dan tidak melihat orang yg berada diatasku.
3. Baginda memerintahkan agar aku menyambung silaturrahim dengan kaum kerabat meski mereka berlaku kasar kepadaku.
4. Aku diperintahkan agar memperbanyakkan ucapan lahaulawalaaquwwataillahbillah.
5. Aku diperintahkan untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit.
6. Baginda berwasiat agar aku tidak takut dengan celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah.
7. Baginda melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu kepada manusia.

(Riwayat Ahmad)

Saturday, 14 January 2012

DOA UNTUK SEMANGAT AWAL TAHUN 2012



Bismillahirrahmanirrahim...

Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Nabi Muhamad s.a.w...

Saya berdoa agar saya dan semua kawan-kawan ,,teman-teman...serta sesiapa yang mengenali saya dan kanzaenterprise, beroleh kejayaan yang cemerlang didalam apa jua bidang yang diceburi....semoga perniagaan dan misi yang diburu lebih cemerlang....

Salam ukhuwah ,,salam perkenalan....erat hubungan erat persaudaraan....

Salam kejayaan tahun 2012...

KEK LAPIS ROLL DAM....








Wednesday, 28 December 2011

Kepada sesiapa yg nak cari prune tu,,cuba cari yang jenama sunsweet....rasanya memang sedap pulak tu!!! ada banyak di pasar raya....cume harganya je yang mengancam sikit...huhu...


kepada

KEK LAPIS PRUNE BEREMPAH

Bagi sesiapa yang bertanya sebelum ni...nak tahu kek lapis prun berempah tu camner,, ginilah rupe nyer...kek ni dihasilkan menggunakan method tradisional...yg dah join class jgn lupa praktik sampai jadi yer...