Sunday, 10 July 2011

BENGKEL HOMEMADE CHOCOLATE - BULAN JULAI 2011

INDIVIDU
RM 250 sahaja

- kelas akan diadakan mengikut persetujuan antara peserta dan pihak kami
- demo & praktikal
- mempelajari cara :

1) mencairkan coklat compound

2) membuat filling pelbagai rasa
3) diajarkan juga cara mengisi filling dengan kekacang, hazelnut, almond dan yang seumpamanya
4) teknik mewarna
5) membuat pelbagai jenis coklat yang pelbagai warna, corak & bentuk seperti chocolate marble, rose, lollichoc dan sebagainya
6) teknik membuat coklat oreo double layer dan edible @ bergambar
7) tips penjagaan coklat, packaging coklat dan cara penjagaan mould
- semua hasil coklat akan di bawa pulang oleh peserta
- sijil penyertaan akan diberikan
- nota, jamuan ringan & makan tengahari disediakan
- kelas bermula dari jam 9.00 am - 2.00 pm

BERKUMPULAN
TARIKH : 16, 17, 23, 24, 30 & 31 JULAI 2011 (SILA PILIH TARIKH)
RM 150 sahaja

- demo & praktikal
- mempelajari cara :
1) mencairkan coklat compound
2) membuat filling pelbagai rasa
3) diajarkan juga cara mengisi filling dengan kekacang, hazelnut, almond dan yang seumpamanya
4) teknik mewarna
5) membuat pelbagai jenis coklat yang pelbagai warna, corak & bentuk seperti chocolate marble, rose, lollichoc dan sebagainya
6) teknik membuat coklat oreo double layer dan edible @ bergambar
7) tips penjagaan coklat, packaging coklat dan cara penjagaan mould
- semua hasil coklat akan di bawa pulang oleh peserta
- sijil penyertaan akan diberikan
- nota, jamuan ringan & makan tengahari disediakan
- kelas bermula dari jam 10.00 am - 3.00 pm
-kelas terhad hanya kepada 10 0rang sahaja

Friday, 8 July 2011

TAZKIRAH

Ghibah (mengumpat) yang diharuskan

1. al-tazollum. Orang yg dizalimi harus mengadu kezaliman seseorang kepada pihak berkuasa.
2. Meminta tolong dalam merubah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat kepada kebenaran.
3. al-Istifta'. meminta fatwa.
4. Menasihat dan mengingatkan orang islam tentang kejahatan.
5. Terhadap orang yang terang-terang dengan kefasiqan dan kebid'ahannya.
6. al-ta'rif. untuk memperkenalkan seseorang yang terkenal dengan sesuatu gelaran.

TAZKIRAH

Wasiat Untuk Menghafaz al-Quran dari Syeikh Jibril

1. Betulkan niat kerana Allah
2. Meninggalkan maksiat.
3. Berguru (musyafahah dan bertalaqqi)
4. Gunakan satu al-Quran sahaja (jangan bertukar2)
5. Bahagikan masa untuk hafaz dan juga masa utk mengulang/muraja'ah.
6. Sentiasa ulangi dan tidak "meninggalkannya". Jangan duakan al-Quran. Hanya alQuran di hati.
7. Tetapkan berapa ayat yang hendak dihafal dalam sehari.
8. Jika ada bhg yg susah untuk dihafaz maka beristighfar dan beristi'azahlah dan lihatlah tafsirnya.
9. Adakan denda untuk diri sendiri jika gagal/malas hafaz atau mengulang. Cthnya puasa.

sumber: http://www.jebril.com/ar/quran-memorize

Sunday, 3 July 2011

JOM SERTAI BENGKEL BERSAMA KAMI


MODUL 01    KELAS AL-QURAN  DAN TAJWID
MODUL  02    KELAS B.ARAB                            
MODUL  03    KELAS BAHASA BANJAR         
MODUL 04    KEM / SMART SOLAT                      
MODUL 05    CERAMAH / MOTIVASI                         
MODUL 06    BENGKEL SERUNDING 
MODUL 07    BENGKEL KEK LAPIS 
MODUL 08    BENKEL HOMEMADE CHOCOLATE
MODUL 09    BENGKEL BISKUT RAYA
MODUL 10    BENGKEL MEMBAIKI KOMPUTER 
MODUL 11    BENGKEL PARENTING SKILL 
MODUL 12    KURSUS ASAS IMAM 
MODUL 13    KURSUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR  
MODUL 14    KURSUS RAWATAN ISLAM 
MODUL 15    KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE
MODUL 16    BENGKEL ANEKA KEK KUKUS
MODUL 17    BENGKEL ANEKA TALAM

SILA DAFTARKAN DIRI ANDA AWAL KERANA TEMPAT ADALAH TERHAD...

Saturday, 2 July 2011

JOM U-TURN TO ISLAM AND QURAN - KELAS MENGAJI AL-QURAN

SIAPA YANG PATUT HADIR
- Terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami dan mengulang semula bacaan Al-Quran
- Terbuka juga bagi sesiapa yang mempunyai asas atau pun tidak
- Golongan anak-anak remaja
- Golongan dewasa dan suri rumah serta yang bekerja juga dialu alukan
- Sesiapa yang ingin mengulang Al-Quran semula

APAKAH TEKNIK YANG DIGUNAKAN
- Kaedah yang digunakan adalah muqaddam baghdadi
- Menggunakan teknik talaqqi dengan guru
- bacaan dengan kaedah tajwid yang betul

KAMI BERIKAN PERCUMA PADA ANDA
- khidmat bimbingan kelas tajwid
- huraian tafsir ayat-ayat al-Quran
- Bimbingan ayat-ayat syifa' iaitu ayat kesembuhan dari pelbagai penyakit.
- Bimbingan ayat-ayat ruqyah rawatan penyakit
- ayat-ayat pendinding diri dan keluarga
- Doa-doa dari ayat quran untuk kegunaan harian

KELAS
- secara individu dan berkumpulan

KATEGORI
- Datang ke Kelas
- Guru quran datang ke rumah anda

TEMPAT
- Seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. ( penduduk di hulu langat amatlah dialu-alukan )
- Pusat Kami bertempat di Batu 10 Jalan Cheras Hulu Langat.

GURU AL-QURAN YANG BERMINAT JUGA DIPERLUKAN

HUBUNGI KAMI
- 0196642770
Assalamualaikum...nak cerita sikit pasal anak-anak kita ni..saksikanlah sendiri tuan puan,,bagaimana sejuknya hati kita bila melihat anak kita kacil2 dah hafal quran dan fasih membaca Kalam Allah....amin,,,

Ketahuilah tuan puan,,al quran merupakan petunjuk dan syifa' yakni ubat untuk segala penyakit.  sejak dari zaman Rasulullah lagi,,anak-anak kecil akan diajarkan mempelajari islam dan quran. kerana Al Quran merupakan panduan hidup kita seharian....

Sabda Nabi : aku telah tinggalkan dua perkara, yang mana kamu tidak akan sekali-kali sesat sesudahnya selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu Al-Quran dan Hadis Nabinya.

seronoknya bila kita tahu tujuan dan matlamat hidup kita sebagai manusia. Kita disuruh oleh Allah untuk menghambakan diri dan beribadat kepadaNya. tertarik dengan nasihat yang diberikan oleh seorang ustaz dalam kuliahnya menegur ramai dikalangan ibu bapa hari ini lebih banyak mengutamakan dan menumpukan pada kehendak anak-anak sahaja. kita bekerja untuk memenuhi kehendak mereka tapi pernahkah kita sedar sudahkah kita persiapkan anak-anak kita dengan matlamat dan tujuan hidup mereka? tahukah mereka siapa tuhan mereka? tahukah mereka membaca AL-Quran.

tapi kita sibuk dengan kelas muziknya,,kelas pianonya,,tuisyen akademiknya,,,hinggakan anak kita tidak kenal tuhan , apatah lagi hendak sujud di sejadah, dan adakah membaca alquran menjadi rutin hariannya...

Sesunggunya antara soalan paling besar yang dihadapi oleh ibu bapa di akhirat kelak,,apakah mereka sudah memberikan ilmu dan agama yang secukupnya?. sehingga mereka tidak menempelak kita dihadapan Rabbul Izzati kelak...bayangkan juga bagaimana haus dan deritanya kita di alam kubur bila mana anak2 kita sibuk dengan muziknya, motornya, bergelumang dengan maksiat,,apatah lagi hendak mendapat doa anak yang soleh bilamana anak kita sudah tersalah acuan....

sama2lah kita bertaubat dan muhasabah diri,,,tertunaikah sudah tanggungjawab kita?....antara ibu bapa yang derhaka adalah ibu bapa yang tidak mengajarkan anak2 dengan agama...yang mana dengan agama itu, terselamatlah si anak dan ibu bapanya ....

jadi ajak2 anak-anak dan jiran tetangga sekeluarga belajar al-quran...lihat jadual kelas al-quran kanza enterprise...mulakan langkah bijak anda sekarang....

TERIMA KASIH BANYAK2

Alhamdulillah, baru berpeluang dapat nak mengadap laptop ni..rasa dah lama sangat tak up date blog ni..macam mana nak mula yer...saya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada puan-puan yang memborong habis stok oven Kanza Enterprise. nak cerita halnya,,,sebenarnya stok yang ada tu budgetnya sampai raya haji...tapi tak tahulah  apa cerita, orang call tak henti2 nak oven....belum raya puasa dah habis...apa pun terima kasih dan semoga korang berjaya dengan bisness raya tahun ni...saya berdoa kalian dapat rezki yang banyak...amin...


Jadi disini saya meminta maaf banyak2 sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan. memang amat dikesalkan. terutama akak yang dari penang dan mentakab pahang. sejujurnya stok tahun ni dah habis....


so alhamdulillah,,,boleh tutup citer oven kek lapis serikin sarawak ni...emm,,tapi tak tahulah lagi...andai ada masa dan peluang mungkin kena order lagi stok tahun depan cepat sikit.


apa pun sama-sama kita berusaha dan menjadi usahawan yang beriman,,yang berjaya dengan kerjaya dalam kek lapis ni,,jangan lupa juga kejayaan di akhirat yang bakal kita temui....


teringat hadis nabi mafhumnya: apabila mati seorang anak adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara....sedekah jariah yang kita hulurkan,,,ilmu bermanfaat yang kita kongsikan dan curahkan, dan yang terakhir sekali..doa anak soleh yang mendoakan kita sesudah mati...


kadang2 sedikit amal kita buat,,tapi tanpa sedar ia berterusan sesudah kita mati...Ya Allah terimalah amalan kami...


Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaban, sampaikanlah kami kebulan Ramadhan...amin....
seronoknya nak jumpa Ramadhan...

Friday, 17 June 2011

PERMOHONAN AGEN DIBUKA SEMULA

Assalamualaikum....


sekadar nak maklumkan maklumat terkini. Pihak kami akan membuka semula permohonan untuk menjadi agen. Kami meminta maaf kerana terpaksa menutup permohonan agen sebelum ini memandangkan permintaan yang terlalu banyak dan dikuatiri tidak mampu untuk menguruskannya. Alhamdulillah setelah dibincangkan semula , atas permintaan dari tuan puan, kami membuka semula peluang menjadi agen kami bagi sesiapa yang berminat sahaja.


Kami membuka tempoh untuk menjadi agen kami bermula 20 Jun sehingga 1 Julai sahaja. Syarat-syarat menjadi agen adalah seperti sebelum ini. Keahlian masih percuma. 

GERBANG ILMU DAN KEMAHIRAN ANDA SEKELUARGA

SERTAI BENGKEL DAN KELAS BERSAMA KAMI....

MODUL 01    KELAS AL-QURAN  DAN TAJWID
MODUL 02    KELAS B.ARAB                            
MODUL 03    KELAS BAHASA BANJAR         
MODUL 04    KEM / SMART SOLAT                      
MODUL 05    CERAMAH / MOTIVASI                         
MODUL 06    BENGKEL SERUNDING 
MODUL 07    BENGKEL KEK LAPIS 
MODUL 08    BENKEL HOMEMADE CHOCOLATE
MODUL 09    BENGKEL BISKUT RAYA
MODUL 10    BENGKEL MEMBAIKI KOMPUTER 
MODUL 11    BENGKEL PARENTING SKILL 
MODUL 12    KURSUS ASAS IMAM 
MODUL 13    KURSUS TERNAKAN IKAN AIR TAWAR  
MODUL 14    KURSUS RAWATAN ISLAM 
MODUL 15    KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE

Sila hubungi kami untuk pendaftaran awal . tempat adalah terhad.Sijil disediakan,  hubungi kami ditalian 0196642770

Tawaran hebat menanti anda sekiranya anda dapat membawa 10 orang peserta untuk menyertai mana-mana modul anjuran kami.

 "ILMU UNTUK SEMUA"

Saturday, 11 June 2011

MAKLUMAN TERKINI ...DARI DAPUR KANZA

AMPUN DAN MAAF SAYA HULURKAN ,,KEPADA SELURUH AGEN2 KAMI, DAN SAHABAT-SAHABAT


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, PERMOHONAN UNTUK MENJADI AGEN KAMI TERPAKSA KAMI TUTUP SEKARANG INI. PESANAN KEPADA AGEN , HANYA YANG HANTAR TEMPAHAN SEMINGGU AWAL SAHAJA AKAN DAPAT DIUSAHAKAN...minta maaf yer. 

-sebenarnya saya tak larat dah nak buat kek lapis ni,, orang duk tempah tambahan pulak dah nak raya ni. Hem sebenarnya saya lebih suka mengajar bagi sesiapa yang berminat. insyaallah saya bantu sampai jadi mahir. terpulanglah cik/ puan-puan nak buat sendiri dan berniaga.Ingat rezki itu bukan milik kita, tapi dengan kasih sayang Allah lah kita dikurniakan rezki.so bersyukurlah seadanya.

Teringat hadith nabi mafhumnya "kalaulah bukan kerana adanya haiwan dan binatang nescaya Allah Taala tidak akan menurunkan hujan , kerana keengkaran makhluk bernama manusia " astaghfirullah.al azim....berdegup jantung ni bila terfikir...hinanya kita bila berpaling dari suruhan Allah,,,tapi alangkah mulianya kita bila patuh dan tunduk pada perintah Allah....

moga Allah memberi hidayah pada kita semua amin...

SIBUK BENARKAH KITA DENGAN URUSAN DUNIA?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum....


teman2 dan kenalan ...
setahun yang berlalu amatlah laju,,sebulan yang kita kira amatlah terasa singkatnya,,apatah lagi seminggu yang kita sibuk dengan kerja di dapur...


Tapi jangan kita lupa bahawa kita juga hambaNya...Semakin banyak rezki yang kita dapat sepatutnya semakin rapat kita dengan Dia. Tuhan yang Maha Pemberi rezki...


sayang seribu kali sayang,,,terkadang ramai juga yang menjadi lupa dan berasa kejayaan yang dicapainya adalah hasil dari usaha dan kudrat gigihnya sahaja. memang manusia mudah lupa...sedangkan Allah tidak pernah lupa untuk memberikan udara dan nikmat alam yang tak tahu besarnya nilainya buat kita.


teringat kisah seorang lelaki yang bekerjaya hebat, berrumah besar dan mempunyai syarikat yang kukuh..hidupnya mewah , namun Allah mengujinya dengan mendatangkan penyakit iaitu buasir pada duburnya.


seluruh kehidupannya berubah, harta yang banyak tak mampu menenangkannya tatkala datangnya sakit, rumah yang besar sudah tak berguna, pangkat dan syarikat tak mampu diusahakan lagi,, yang mampu diluahkannya hanyalah raungan Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..........
Hanya dengan kembali pada Allah dan berzikir mampu menenangkannya...


betapa besarnya kuasa Allah..hanya sedikit ujian yang diberi,,kita selaku manusia tak bermaya untuk mengatasinya...


Allahuakbar....terimalah taubat kami,,kukuhkanlah iman kami,, jadikanlah kami manusia yang bersyukur dan sentiasa ingat padaMu ketika senang dan susah.janganlah engkau jadikan kami golongan yang lalai dan lupa padaMu Ya RAbbi...

Tuesday, 7 June 2011

Janganlah kita berhenti dari belajar.....belajar dan terus belajar


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"biar setinggi mana pun ilmu kita,,biar sedalam mana kepakaran kita,, namun itu cuma hanya setitis dari lautan ilmu Allah....

Sesungguhnya Allah amat tidak suka kepada orang yang sombong " adakala kita hanya terpedaya dengan dunia yang menyeksakan. APAKAH kehidupan kita hanya bermula dari seorang bayi yang dilahirkan, kemudian membesar remaja dan dewasa begitu sahaja?. bercinta, berkahwin memperolehi anak dan akhirnya punyai cucu yang ramai?. akhirnya kita dihantar kerumah orang tua? akibat gagalnya kita mendidik anak-anak yang merupakan aset berharga sepanjang masa.

sudah pasti Allah tidak menjadikan kita sia-sia...ada tujuan dan maksud kejadian kita ini. ayuh jadilah kita ,,ibu yang tahu tujuan hidupnya,,isteri yang tahu tujuan hidupnya, bahkan kita mendidik anak kita dengan kenal apakah hala tujuan mereka bukannya hanya keperluan anak-anak yang kita penuhi , tapi malang mereka buta hala tujuan hidup iaitu mencari RedhaNya dan mengenal Rabbul Izzati...