Saturday 11 June 2011

SIBUK BENARKAH KITA DENGAN URUSAN DUNIA?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum....


teman2 dan kenalan ...
setahun yang berlalu amatlah laju,,sebulan yang kita kira amatlah terasa singkatnya,,apatah lagi seminggu yang kita sibuk dengan kerja di dapur...


Tapi jangan kita lupa bahawa kita juga hambaNya...Semakin banyak rezki yang kita dapat sepatutnya semakin rapat kita dengan Dia. Tuhan yang Maha Pemberi rezki...


sayang seribu kali sayang,,,terkadang ramai juga yang menjadi lupa dan berasa kejayaan yang dicapainya adalah hasil dari usaha dan kudrat gigihnya sahaja. memang manusia mudah lupa...sedangkan Allah tidak pernah lupa untuk memberikan udara dan nikmat alam yang tak tahu besarnya nilainya buat kita.


teringat kisah seorang lelaki yang bekerjaya hebat, berrumah besar dan mempunyai syarikat yang kukuh..hidupnya mewah , namun Allah mengujinya dengan mendatangkan penyakit iaitu buasir pada duburnya.


seluruh kehidupannya berubah, harta yang banyak tak mampu menenangkannya tatkala datangnya sakit, rumah yang besar sudah tak berguna, pangkat dan syarikat tak mampu diusahakan lagi,, yang mampu diluahkannya hanyalah raungan Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..........
Hanya dengan kembali pada Allah dan berzikir mampu menenangkannya...


betapa besarnya kuasa Allah..hanya sedikit ujian yang diberi,,kita selaku manusia tak bermaya untuk mengatasinya...


Allahuakbar....terimalah taubat kami,,kukuhkanlah iman kami,, jadikanlah kami manusia yang bersyukur dan sentiasa ingat padaMu ketika senang dan susah.janganlah engkau jadikan kami golongan yang lalai dan lupa padaMu Ya RAbbi...

1 comment:

  1. Salam kenal dari AlongRoz juga. Maceh tinggal mesej. Cadangkan buat shoutbox, senang nak tinggak jejak.

    ReplyDelete