Sunday 20 November 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM...


Buat anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan SPM,,,kita selaku ibu ni jangan putus harap untuk mendoakan kejayaan mereka...bukan hanya berserah pada Allah...berikut adalah tips bagi ibu yang ada anak-anak sedang menghadapi peperiksaan besar :
1. Hendaklah sentiasa bersih hati dengan ikhlas terhadap anak-anak
2. Memaafkan kesalahan dan kesilapan anak-anak...jangan simpan dalam hati
3. Jangan lupa untuk solat Dhuha dan memohon keberkatan dan dimudahkan anak-anak yang sedang menjawap di dewan peperiksaan
4. PENTING!!..sila dapatkan jadual ujian anak kita. JANGAN sampai kita tak tahu pun bila dan subjek apa yang anak kita sedang hadapi...
5. Bila mereka pulang ,,tanya dan ambil berat apa yang berlaku semasa ujian tadi...
6. Berikan sokongan dan semangat andai mereka bimbang dan risau
7. Sama-sama bermunajat kepada Allah dengan solat hajat selepas maghrib agar mereka dan kita berjaya didunia dan akhirat
8. Jangan sampai GPS akademik anak kita cemerlang tapi GPS akhlak dan adab anak kita hancur....


semoga berjaya...

No comments:

Post a Comment