Thursday 26 July 2012

CARA NAK KHATAMKAN QURAN 30 JUZUK DENGAN CEPAT


Tips ini saya perolehi dalam usrah baru-baru ini....
semoga sahabat-sahabat pembaca blog ini beroleh manafaat dibulan ramadhan...
caranya macam ni....
mula-mula pastikan
1 hari kena habiskan 1 juzuk
1 juzuk = lebih kurang 10 helai.
Bahagikan 10 helai kepada 5 waktu solat kita.
Bermaksud, 1 solat = 2 helai bacaan.
Jangan terkeliru helai dengan mukasurat. 1 helai, 2 mukasurat ye. 1 helai sama dengan dua mukasurat. 
Kemudian selepas selesai solat, beri sedikit masa untuk habiskan 2 helai bacaan. Atau 1 helai sebelum solat, 1 lagi selepas solat. 
Jika terlepas bagi mana-mana solat [cth: mungkin Zohor dikejar dengan waktu rehat yang singkat]. Bijaklah agih agihkan bacaan yang tertinggal itu kepada baki solat kita yang masih tinggal[Asar, Maghrib, atau Isyak]
Jika masih berbaki, pastikan kita habiskan mana-mana bacaan tersebut sebelum tidur.
Senang kira, dalam sehari tu pastikan kita dah baca paling kurang 10 helai/20muka surat.
Semoga azam untuk kita habiskan 1 juzuk sehari tercapai. Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment