Saturday 2 July 2011

Assalamualaikum...nak cerita sikit pasal anak-anak kita ni..saksikanlah sendiri tuan puan,,bagaimana sejuknya hati kita bila melihat anak kita kacil2 dah hafal quran dan fasih membaca Kalam Allah....amin,,,

Ketahuilah tuan puan,,al quran merupakan petunjuk dan syifa' yakni ubat untuk segala penyakit.  sejak dari zaman Rasulullah lagi,,anak-anak kecil akan diajarkan mempelajari islam dan quran. kerana Al Quran merupakan panduan hidup kita seharian....

Sabda Nabi : aku telah tinggalkan dua perkara, yang mana kamu tidak akan sekali-kali sesat sesudahnya selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu Al-Quran dan Hadis Nabinya.

seronoknya bila kita tahu tujuan dan matlamat hidup kita sebagai manusia. Kita disuruh oleh Allah untuk menghambakan diri dan beribadat kepadaNya. tertarik dengan nasihat yang diberikan oleh seorang ustaz dalam kuliahnya menegur ramai dikalangan ibu bapa hari ini lebih banyak mengutamakan dan menumpukan pada kehendak anak-anak sahaja. kita bekerja untuk memenuhi kehendak mereka tapi pernahkah kita sedar sudahkah kita persiapkan anak-anak kita dengan matlamat dan tujuan hidup mereka? tahukah mereka siapa tuhan mereka? tahukah mereka membaca AL-Quran.

tapi kita sibuk dengan kelas muziknya,,kelas pianonya,,tuisyen akademiknya,,,hinggakan anak kita tidak kenal tuhan , apatah lagi hendak sujud di sejadah, dan adakah membaca alquran menjadi rutin hariannya...

Sesunggunya antara soalan paling besar yang dihadapi oleh ibu bapa di akhirat kelak,,apakah mereka sudah memberikan ilmu dan agama yang secukupnya?. sehingga mereka tidak menempelak kita dihadapan Rabbul Izzati kelak...bayangkan juga bagaimana haus dan deritanya kita di alam kubur bila mana anak2 kita sibuk dengan muziknya, motornya, bergelumang dengan maksiat,,apatah lagi hendak mendapat doa anak yang soleh bilamana anak kita sudah tersalah acuan....

sama2lah kita bertaubat dan muhasabah diri,,,tertunaikah sudah tanggungjawab kita?....antara ibu bapa yang derhaka adalah ibu bapa yang tidak mengajarkan anak2 dengan agama...yang mana dengan agama itu, terselamatlah si anak dan ibu bapanya ....

jadi ajak2 anak-anak dan jiran tetangga sekeluarga belajar al-quran...lihat jadual kelas al-quran kanza enterprise...mulakan langkah bijak anda sekarang....

No comments:

Post a Comment