Monday 21 November 2011

RAHSIA MASAKAN.....



SAYA KONGSIKAN BUAT KAWAN2...DAN SESIAPA YANG MENGENALI DIRI INI....

diriwayatkan dari sorang tukang masak yang memang terkenal dengan kepakaran memasaknya...senang cerita dia ni memang masak main campak jer....saya pun tertarik untuk mengetahui apakah rahsianya....bila dirisik rupanya dia ni seorang tukang masak lelaki rupenya....penuh tercabar rasa diri ni...aku dah lah perempuan tapi diakan lelaki mana sedap masak...terdetik dalam naluri kecilku....namun ternyata sangkaan aku meleset...baru aku teringat ramai lagi cheff lelaki yang hebat2...spt cheff wan....hemm mungkin juga??? aku berfikir....

hari demi hari aku cuba untuk bertemu beliau..akhirnya...aku dapat memperkenalkan diri...ujian demi ujian aku hadapi apabila beliau tidak mahu mengajarkan aku apakah rahsianya....aku semakin berkobar untuk menerobos ilmu masakah yang aku amat cintai ini....

kalau nak di ceritakan payahnya nak dapatkan sesuatu ilmu tu....akhirnya...aku dipleawa untuk masuk ke bahagian dapur tapi tidak dibenarkan berbuat apa2...hanya duduk dan lihat tukang masak tadi memasak...

sehingga akhir,,aku tidak menemui apa2 kelainan pada skill masakannya..sama jer...dalam hatiku...( ceteknya ilmu kita kan)..
setelah tiga kali aku dibenarkan untuk melihat sendiri dia memasak akhirnya aku ditegur dan ditanya apakah yang aku dapat selama 3 kali peluang yang aku dapat untuk melihat skillnya....

pada aku..tiada apa2 kelainan....beliau hanya tersenyum....akhirnya beliau mengajarkan aku bahawa setiap kali dia memotong, mengambil ,mencebuk masakan, menggaul, menumis dan sebagainya....mulutnya tidak berhenti dari menyebut SUBHANALLAH,,WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR....bahkan setiap perbuatan dimulakan dengan BISMILLAH....benarlah hadith nabi " setiap sesuatu yang kita kerjakan jika tidak dibaca "bismillah"maka ia akan terputus" ....terputus dari keberkatannya.....

berulah aku insaf selama ini,,kita merasakan bahawa kita lah yang memasak,,kitalah yang bake cake tu,,kitalah yang adun segala bahan tu...rupanya ALLAH yang menjadikan ia nampak menarik,,,ia gebu,,bersarang2...dan sedap dimakan....mungkin selama ini kita sudah ada perasaan itu,,tapi sikap keakuan ( terasa akulah yang membuatnya ) itu mengurangkan kesedapan apa sahaja yang kita buat.....

aku bertanya lagi,,adakah hal ini didalam bab memasak sahaja,,,jawabnya tidak...bahkan kita perlu pergantungan yang tinggi kepada ALLAH dalam setiap apa jua yang kita lakukan....bila mana sikap KEAKUAN itu sudah tiada,,kita akan dapati ketenangan yang unggul bila kita bersama ALLAH dalam apa jua keadaan...ALLAHLAH tempat kita mengadu,,DIALAH juga yang menggkabulkan doa kita...terima kasih dan saya kongsikan semua ini bersama kawan2....

2 comments:

  1. entry yg berjaya buat aku sedar..apa2 pun kena berbalik & bergantung kepada Dia..thanksss

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....terima kasih kembali pada Allah..berkata seorang alim: andai satu hari kita mendapat sedikit hidayah Allah maka itulah tanda sayangnya Allah pada kita....handaklah kita banyak2 bersyukur...tapi seandainya hari2 yang berlalu melalaikan lagi kita dari Allah itulah tanda2 kecelakaan...

    ReplyDelete